Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

40 Kurang Bernasib Baik Terima Barang Keperluan Asas

By 18 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Zaharah Ismail dan Azri Zainal Abidin

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2016 (Malaysiaaktif) – Seramai 40 orang yang kurang bernasib baik menerima sumbangan barang-barang makanan dan keperluan harian seperti beras, gula, tepung, susu, sardin dan juga wang sumbangan RM100 seorang semalam di Dataran Silaturahim, Flat Kuchai Lama.

Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff dalam ucapannya melahirkan rasa terharu dan berbangga dengan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Komunitii 1Malaysia Rumah Pangsa Kuchai Lama dalam membantu serba sedikit keperluan asas kepada para penduduk yang kurang berkemampuan.

Beliau turut menasihatkan penduduk di Flat Kuchai Lama yang memiliki rumah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tidak menyewakan rumah tersebut kepada warga asing.

“Mereka yang didapati melakukan kesalahan tersebut akan dikenakan tindakan dengan menarik balik hak pemilikan rumah tersebut”,

“Seharusnya kemudahan yang telah diberikan oleh kerajaan digunakan sebaiknya untuk kesejahteraan dan keselesaan warga tempatan”, ujar beliau.

Salah seorang penerima sumbangan,  Zaiton Kassim menyatakan rasa terharu dan bersyukur atas sumbangan yang diberikan.

Sumbangan tersebut sedikit sebanyak membantu keluarganya untuk menjalani ibadah puasa dengan lebih baik.

“Saya berharap usaha ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa oleh pelbagai pihak agar mereka yang kurang berkemampuan tidak disisihkan dan sentiasa diberi bantuan” katanya ketika ditemui selepas selesai program tersebut.

Program yang julung kalinya diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat dengan kehadiran seramai 100 orang.

DK

Tinggalkan komen anda