
Oleh Shahfuri Saidan & Elyas Hisyam
KUALA LUMPUR, 18 Jun 2016 (Malaysiaaktif) – Seramai 500 orang golongan asnaf telah menerima sumbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.
Sumbangan disampaikan semasa Majlis Perasmian Surau Jumaat At- Taqwa yang berlangsung di Taman Setapak di sini.
Beliau bersama- sama jemaah bersolat Jumaat sebelum menandatangani plak sebagai tanda perasmian surau itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang turut hadir berkata “Surau At Taqwa telah dibina semula dengan kos sebanyak RM4.5 juta bagi memberi keselesaan kepada jemaah di kawasan tersebut.”
Beliau turut menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat Jumaat.