Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Meraikan Ibu Bersama Masyarakat India

By 4 Jun 2016Jun 5th, 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Mohd. Yusof Bin Hj. Abd. Samad

JASIN, 4 Jun (Malaysiaaktif) – Lebih 90 orang hadir dalam majlis meraikan para ibu bersama masyarakat India serta Ahli Jawatankuasa Komuniti 1 Malaysia (K1M) Taman Mesra Rim yang diadakan di balairaya Kg.Rim,Jasin malam tadi.

Dalam majlis ini seramai 40 orang para ibu, termasuk ibu tunggal dari Taman Mesra Rim 1 dan 2  diraikan. Kalungan bunga Malai dan hamper diberikan kepada mereka sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan mendidik ahli keluarga selama ini.

 

112f59c0-2a53-4fe8-b788-f6b5c932ae20

 

Ahli Dewan Undangan Negeri Rim, Datuk Ghazale Mohamed berkata sewajarnya para ibu diraikan setiap tahun kerana tanpa ibu tiada generasi yang akan lahir di negara ini kerana setiap anak yang dilahirkan itu bakal menjana aktiviti negara dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi.

Salah seorang ibu tunggal yang diraikan PAngamah A/P Karuppiah,turut merasa terharu di atas majlis yang diadakan. Dia juga tidak menyangka Ghazale sanggup hadir pada malam ini untuk menyampaikan kalangan bunga dan cenderahati kepada mereka.

Pengerusi K1M Taman Mesra Rim merangkap Ketua MIC Bahagian Jasin, Datuk S .Periamallai berpendapat bahawa program ini bukan sahaja dapat menghargai para ibu malah mendekatkan diri mereka dengan pemimpin tempatan serta jabatan terbabit.

-AAS

Tinggalkan komen anda