Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangorViral

Budiman Ikrar Tiga Fokus Utama di Sg Besar

By 9 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Ashraf Ahmad Jarkasi (Selangor)

PASIR PANJANG, 9 Jun (Malaysiaaktif)- Meningkatkan taraf ekonomi Sungai Besar, Satu Keluarga Satu Mahasiswa dan memperkenalkan Sungai Besar sebagai pusat pelancongan.

Demikian tiga ikrar calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi ketika Pelancaran Ikrar Budiman di Pusat Arahan BN di sini tengah hari tadi.

Sementara itu, Budiman turut mengulas tentang kenaikan sewa premis perniagaan di Sekinchan yang meresahkan peniaga.

“Semasa membuat walkabout di sekitar Sekinchan dan bertemu peniaga di situ, mereka melahirkan keresahan kepada saya kerana sewa premis yang meningkat terutama di kedai-kedai runcit,” jelasnya.

Berkenaan isu papan iklan yang tertera ‘tidak salah panggil Cina babi’ juga Budiman menganggap perkara tersebut sebagai satu provokasi DAP.

“Perkara seperti ini tidak sesuai dipraktikkan di Parlimen ini kerana penduduk lebih gemarkan politik yang matang dan tenang. Pengundi juga disaran memilih parti yang mementingkan pembangunan rakyat dan bukannya menyemai kebencian,” tegas Budiman.

Pembangkang juga dikatakan tercabar dengan gerak kerja Budiman yang memperuntukkan masa sebelah pagi untuk bertemu pengundi Cina manakala pada sebelah malamnya pula untuk bertemu pengundi Melayu dengan sasaran 3000 pengundi sehari.

Budiman turut mengulas dakwaan dia yang seakan-akan mengabaikan penduduk Sungai Panjang.

“Dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana saya sudah pun mempunyai jadual untuk dibahagikan bagi menunaikan tuntutan sebagai ADUN dan juga calon PRK,” ujarnya lagi.

SF

 

 

Tinggalkan komen anda