Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangorViral

[VIDEO] PRK Sg Besar:DAP Buat Sesuka Hati – Noh

By 9 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

  Oleh: Syed Fauzi Syd Mostapa/ Video: Mohd Zaid Awang

SUNGAI BESAR, 9 Jun (Malaysiaaktif) – Inilah perangai DAP yang masih menanamkan mengamalkan perkauman, provokasi.

Demikian kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkenaan isu papan iklan yang berbaur perkauman yang berlaku di Simpang 5, petang semalam.

“Masa bila DAP bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar ini? Walaupun dia gunakan nama Amanah, kalau DAP  mengaku yang dia pasang, DAP  ni mengamalkan perkauman. Dia cuba nak buat provokasi bentuk-bentuk perkauman.

“Pertama, bagi saya DAP tidak menghormati peraturan pilihan raya. DAP juga tak menghormati Parti Amanah. Jadi parti Amanah tak sedar diri.

“Adakah DAP pasang dapat ke kebenaran Amanah? Bila dia pasang ada lambang Amanah tu. Kalau tiada kebenaran, maksud DAP buat suka hati.

“Bila timbul masalah, parti Amanah kena tanggung.

“Bagi DAP, Amanah ke PAS sama je tiada beza. Hari ni terbukti. Asal Amanah pun daripada PAS. Amanah ni kecewa kepada PAS. Kumpulan-kumpulan yang kecewa ni  jadi ideologi tentu sama dengan PAS.

“DAP tak hormat pun peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dia masih menanamkan semangat perkauman dan provokasi,” ujar Noh.

Noh ditemui wartawan selepas Majlis Perjumpaan Usahawan TEKUN di Balai Raya Kampung Batu 23 Sungai Nibong di sini petang tadi.

 

Tinggalkan komen anda