Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Gerai Jual 58 Jenis Minuman Untuk Ramadan 30 Hari

By 27 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Nur Hafif Zainurdin

ALOR GAJAH, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Sebuah gerai di Pasar Ramadan Alor Gajah menarik ramai pengunjung kerana menawarkan sebanyak 58 jenis air sebagai minuman untuk berbuka puasa.

Menurut salah seorang pekerja gerai, Azlan Aziz, 24, mereka mula berniaga di pasar ini sejak lebih lima tahun lalu dengan hanya beberapa jenis air, namun dari setahun ke setahun bilangan air yang dijual semakin bertambah hingga jumlah sekarang yang menjadi antara tarikan utama pengunjung ke pasar Ramadan di sini.

c8e76949-532c-487a-a643-d0f00548caea

 

“Kami memerlukan seramai hampir 20 orang pekerja untuk menguruskan gerai dan pelanggan setiap hari. Rata-rata pengunjung melahirkan keterujaan melihat pelbagai jenis air yang disediakan di sini,” ujarnya ketika ditemui Malaysiaaktif baru-baru ini.

Seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Acoh, 28, berkata dia setiap hari ke sini untuk mencuba sebanyak mana perisa air yang ada. Dia yang masih bujang dan tinggal bersama rakan-rakan membeli dua hingga tiga jenis air sehari supaya mampu merasa kesemua jenis air yang ada.

“Kalau kami membeli sehari satu, tidak tahu bilakah yang selebihnya akan dibeli kerana puasa cuma 30 hari, tapi kalau beli satu sehari, bila pula nak habis,”katanya lagi.

Antara jenis air yang menjadi tarikan di gerai ini ialah khatira johor, khatira melaka, sirap bandung soda, air kelapa dan beberapa jenis air lagi. Penjualan air ini menyebabkan pengusaha gerai perlu menyewa lebih dari 3 tapak kedai.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda