Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanEkonomiHomeMelakaViral

‘Gua Tarantula’ Tarikan Baharu Di Melaka

By 10 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 10 Jun (Malaysiaaktif)  – Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka mula beroperasi pada 1 Februari 1991. Selain rama-rama, kini pelbagai spesis reptilia ditempatkan disini, termasuk tarikan baharu, iaitu Gua Tarantula.

“Faktor penjagaan merupakan aspek penting dalam memastikan labah-labah boleh dijaga dengan sempurna. Kami perlu menyediakan tempat yang sesuai serta suhu dan kelembapan yang betul supaya mereka hidup dengan selesa dan tidak tertekan (stress),” ujar Pembantu Pengurus, Elaine Leong.

Tambahnya, pelbagai spesies hidupan lain yang dijadikan tarikan disini iaitu 50 spesies rama-rama yang ditempatkan di tiga buah taman, Taman Ular yang menyediakan koleksi ular terbanyak di Malaysia termasuklah anaconda. Antara lainnya juga seperti buaya, Emu, pelbagai jenis serangga, cicak, larva dan rumah pupa.

 

f2925255-96fc-4d11-92aa-013ff911e9fa

 

Menurut Elaine, Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka juga turut menyediakan Program Pendidikan yang mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari seluruh sekolah di Malaysia, terutama di Selatan Tanah Air.

“Ini kerana ia merupakan kaedah pembelajaran di luar kelas yang berkesan, menarik dan seronok dan kanak-kanak mudah menerima penjelasan yang diberikan,” katanya.

Tambahnya, taman ini mempunyai sebuah makmal rama-rama yang menjalankan pembiakan dan juga membuat kajian dalam program konservasi. Secara purata, lebih kurang 200,000 ekor rama-rama dari 50 jenis spesis telah berjaya dibiakkan dalam setahun.

“Bilangan ini bukan sahaja mampu menampung rama-rama di dalam tiga taman mini rama-rama malah mampu memenuhi permintaan beberapa pihak yang ingin menjalankan sebarang aktiviti berkaitan rama-rama sebagai contoh acara melepaskan rama-rama, Projek Rumah Hijau Rama-rama dan sebagainya,”katanya kepada Malaysiaaktif  kelmarin.

 

b49c0606-9291-463a-8928-ec225d5cf9af

 

Menurutnya lagi, bagi setiap rama-rama, makanan utama mereka adalah madu bunga. Secara am, seekor rama-rama memerlukan lebih kurang 13 kuntum bunga bagi memenuhi keperluan makanan.

Namun demikian, satu kajian telah dijalankan dan berjaya menghasilkan madu bunga tiruan yang penuh dengan nutrisi dan mineral.

“Penghasilan madu tiruan ini dapat memberi banyak kebaikan seperti  rama-rama dapat madu yang mencukupi, memanjangkan jangka hayat rama-rama dan dapat mengurangkan kos perbelanjaan untuk menanam bunga di dalam taman,” ujarnya.

 

– AAS

Tinggalkan komen anda