Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Langgar Lari di Sekinchan, Polis Mohon Saksi Tampil

By 10 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

SUNGAI BESAR, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Polis memohon saksi kes langgar lari di KM69 Jalan ke Klang-Teluk Intan, Parit 8, Sungai Leman, Sekinchan  di sini awal subuh tadi tampil segera bagi memudahkan siasatan.

Pegawai Perhubungan Media, ACP Khalil Ariffin mengesahkan laporan tentang kes langgar lari diterima sekitar pukul 5.30 pagi.

“Mangsa Shariff Mohd Din, 53 dan anaknya Muhammad Ridwan Shariff, 19 yang sedang melintas ke surau telah dilanggar sebuah kenderaan dipercayai telah meninggal di tempat kejadian.

“Ada kesan yang menggambarkan mereka dilanggar oleh kereta berikutan sisa-sisa kereta yang dijumpai. Kes tersebut telah dibuka untuk siasatan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 41(1) A 1987.

“Sementara itu, isu papan iklan berbaur perkauman masih dalam siasatan, manakala sebanyak 52 permit ceramah telah dikeluarkan pada hari ini.

“Pihak kami juga sedang mengesan pengundi-pengundi awal dalam kalangan polis untuk hadir mengundi pada 14 Jun depan,” katanya lagi ketika ditemui pada sidang media yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam petang tadi.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda