Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Logo Gelaran Pada Kereta Di Melaka Akan Diselaraskan

By 10 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Pindaan rang undang-undang berkaitan penggunaan logo, anugerah dan juga kebesaran Tuan Yang Terutama di Peringkat negeri Melaka akan diusulkan minggu hadapan.

“Bila ada rang undang-undang ini nanti, ada peranan-peranan akan diletakkan di atas kuasa Pihak Berkuasa Negeri. Kita mencadangkan penguatkuasaan lambang-lambang kereta diberikan kepada keeajaan negeri,” ujar Ketua Menteri, Datuk Seri Idris bin Haron.

Ini berikutan terdapat pelbagai lambang-lambang kereta di Melaka contohnya untuk exco, timbalan exco atau ketua jabatan yang akan mendatangkan kekeliruan kepada pihak berkuasa.

“Kita nanti akan tentukan satu logo standard contohnya logo kerajaan negeri dan semua akan menggunakan logo yang sama dengan nama agensi ditampal di cermin hadapan kereta,”katanya pada pemberita dalam sidang media di Seri Negeri kelmarin.

“Dalam pindaan ini segala-galanya yang saya sebutkan secara terperinci nanti terdapat dalam rang undang-undang ini yang kemudian dibahas dan diluluskan di peringkat Dewan Undangan Negeri,” ujarnya.

Tambahnya, ini termasuk penganugerahan oleh Bonda Ratu, Sultan Melaka dan sebagainya yang mana semuanya akan diperjelas dan diperbahaskan.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda