Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerak

Kampung Sayong Lembah – Merentasi Fahaman Politik

By 4 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh: Pradeeb Kumar Velayutham (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 4 Jun (Malaysiaaktif) – Penduduk Kampung Lembah Sayong semalam bersama-sama bertungkus-lumus menyediakan makanan untuk kira-kira 1,500 penduduk setempat.

Uniknya, walaupun berbeza fahaman politik, melalui aktiviti ini semangat kejiranan dan persaudaraan antara penduduk kampung di sini dilihat masih utuh terutamanya di musim Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Menurut bendahari Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Sayong Lembah, Amran Yob Zuhri, hampir kesemua penduduk kampung turun padang membantu menjayakan aktiviti ini.

DSC_1627

“Penduduk kampung membelakangkan fahaman politik mereka dan hadir serta membantu dalam segala kerja program bersama-sama. Ini merupakan satu perkara unik di kampung ini yang melihatkan keutuhan penduduk kampung,” katanya.

Selain itu, aktiviti yang dijalankan oleh segenap lapisan masyarakat daripada kanak-kanak hingga ke golongan warga emas itu membawa satu suasana positif di kawasan tersebut. Walaupun bekerja di bawah sinaran matahari yang terik, namun, suasana tetap ceria dipenuhi dengan gelak tawa.

Presiden K1M Kampung Sayong Lembah, Ahmad Sufian Ismail, berkata menjadi satu kelaziman bagi kampung mereka untuk melakukan segala kerja secara gotong- royong. Malah, penduduk kampung amat jarang menggunakan perkhidmatan katering atau kontrak untuk menjayakan program-program mereka.

“Ikatan kejiranan ini juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan dan masa dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Harapan saya agar semangat gotong- royong dan budaya bekerjasama ini dapat diwarisi dan diteruskan oleh generasi akan datang demi menjamin keharmonian dan kesejahteraan kampung ini,” ujar Sufian ketika ditemui Malaysiaaktif semalam.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda