Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Kuala Kangsar Sebagai Hab Perfileman – ADUN Bukit Chandan

By 4 Jun 2016Jun 20th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Aimi Huwaina (Putrajaya) 

KUALA KANGSAR, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Setelah dikenali sebagai Bandar Diraja, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Maslin Sham Razman hari ini menyuarakan usul untuk menjadikan Kuala Kangsar sebagai hab perfileman.

“Sebenarnya memang telah wujud industri perfileman, yang memilih kawasan Kuala Kangsar sebagai satu lokasi untuk membuat penggambaran kerana kita kaya dengan alam semulajadi. Kita ada sawah padi, sungai, bukit, jeram dan komuniti Melayu yang boleh digambarkan dalam sudut perfileman. Kita harap budaya ini dapat kita pertonjolkan dalam industri perfileman,” ujar Mazlin.

Mazlin mendakwa dengan adanya industri hiliran, perfileman di Kuala Kangsar dapat diambil secara mudah dan juga murah.

 

ae9d9fde-8ac6-4ed6-afc9-096f8fa9541c

 

 

“Kita ada pembekal-pembekal yang mempunyai harga berpatutan. Kita ada backup dengan homestay kita, kita ada rumah-rumah berbentuk asli dan lama,” jelas Mazlin lagi.

Dengan adanya jenama-jenama tempatan seperti labu sayong, tikar, golok dan pandai besi, Mazlin berkata Kuala Kangsar juga boleh dijadikan sebagai hab kraftangan dalam negeri Perak kerana merupakan pusat sehenti oleh pelancong-pelancong yang berkunjung ke Perak.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Semarak Minda Komuniti 1Malaysia (K1M) Peringkat Daerah Kuala Kangsar anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) di Dataran Sungai Perak Indah, pagi tadi.

Sementara itu, masyarakat setempat dilihat memberi sambutan yang menggalakkan kepada program Semarak Minda tersebut apabila perkarangan dataran dipenuhi segenap lapisan masyarakat.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan di program anjuran JaPen yang bertujuan mengukuhkan kerjasama dan mengeratkan perpaduan dalam masyarakat khususnya ahli K1M. Antaranya ialah pameran agensi kerajaan dan swasta, pertandingan memancing, memasak, karaoke, persembahan PENTARAMA, wayang kulit dan kenduri rakyat.

 

 

-DZ

Tinggalkan komen anda