Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Bubur Lambuk di Ambang Ramadan

By 4 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh M Zakry Chan

MELAKA, 4 Jun (Malaysiaaktif) – Tradisi Masyarakat Dun Pantai Kundur yang telah mengadakan program memasak bubur lambuk secara bergotong royong telahpun memasuki tahun yang ke-20.

Sebanyak 10 periuk bubur lambuk dimasak secara bergotong royong dan diagihkan kepada penduduk sekitar Pantai Puteri serta pengguna jalanraya Pantai Kundor Tangga Batu.

Penyelaras Komuniti 1Malaysia (K1M) DUN Pantai Kundur, Rosli Husain, 53 berkata program ini amat bagus dan harus diteruskan sebagai tradisi sempena menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi. Ahli Komuniti 1Malaysia Dun Pantai Kundur juga bersama dalam menjayakan program ini, terima kasih kepada semua yang hadir.

 

f2b7e931-4ea6-4693-b6df-1ffb9ed03e90

 

Ahli Jawatan Kuasa K1M Parit Kundor, Ramlah binti Sahit 55, pula berkata, dengan adanya program seumpama ini masyarakat sekitar dapat datang dan membantu manakala anak-anak muda boleh belajar resipi membuat bubur lambuk istimewa supaya tradisi ini dapat disambung oleh generasi akan datang.

Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pantai Kundur, Datuk Rahaman Hj Karim menyerikan lagi suasana ceria Program Memasak Bubur Lambuk 2016.

Program Memasak Bubur Lambuk ini adalah anjuran Japerun Pantai Kundor dengan kerjasama Petronas Penapisan Melaka, yang berlangsung di hadapan Pentas Budaya Pantai Puteri seawal 8.00 pagi dan berakhir pada 4.00 petang tadi.

 

Tinggalkan komen anda