Skip to main content
Berita TengahEkonomiHomeSelangorViral

Kerajaan Selangor Dinasihat Jangan Memerah Hasil Rakyat

By 18 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan

SUNGAI BESAR 18 Jun (Malaysiaaktif) – Kerajaan Persekutuan amat kesal dengan cadangan untuk mengenakan caj jeti kepada para nelayan di Selangor.

Demikian menurut Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob.

Tambahnya, “Ini kerana kerajaan sedang berusaha untuk meningkat pendapatan dan kemudahan kepada para nelayan dengan membina jet yang baik, memberi elaun sara hidup nelayan RM300.00 sebulan walaupun nelayan bukan bekerja dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) atau dengan kerajaan.”

 

WhatsApp-Image-20160618 (5)

 

“Malangnya kerajaan Negeri Selangor cuba mencari jalan untuk mengambil semula bantuan kerajaan persekutuan dengan mengenakan pula caj dari jeti yang dibina kerjaan persekutuan”.

Menurut Ismail, “Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan dalam membantu rakyat, antaranya kerajaan memberikan pelbagai kursus, tetapi selepas kursus, yang mereka dapat cuma sijil tetapi usaha tidak dapat dibuat kerana masalah modal dan peralatan”.

Sekarang KKLW menetapkan dasar di mana peserta kursus terus diberi bantuan modal dan peralatan sejurus selepas tamat kursus, seperti ketuhar, mixer, mesin jahit, motorsikal dan lain-lain.

Bagi peserta kursus pembaikan kenderaan, elektrik, pembaikan penghawa dingin dan sebagainya, kerajaan memberikan motorsikal secara percuma untuk menjadi usahawan bergerak.

Justeru, beliau berharap, Kerajaan Negeri Selangor membatalkan niat untuk mengenakan caj jeti kepada nelayan.

Ismail berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Mesra Pemimpin Bersama Penduduk Tonggak 10, Pekan Sungai Besar semalam.

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda