Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

KPDNKK Saran Pengguna Amal 3U

By 23 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Zaidi Muslimin (Bukit Mertajam)

BUKIT MERTAJAM, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Orang ramai dinasihat untuk mengamalkan ‘3U’ sebelum melakukan proses pembelian.

Pengerusi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang, Azmi Abdul Hamid berkata demikian dalam Program Kepenggunaan KPDNKK di sini semalam.

“Orang ramai diingatkan untuk mengamalkan tiga perkara iaitu 3U sebelum membuat sesuatu pembelian. ‘U’ tersebut adalah Tahu, Perlu dan Mampu,” katanya.

Tambah Azmi, pengamalan tiga perkara tersebut akan menjadikan seseorang itu pengguna yang bijak.

Azmi turut menegaskan, dalam keadaan ekonomi sekarang setiap pengguna mestilah bijak mengurus kewangan sendiri.

“Sebagai pengguna juga kita harus bijak membeli dan memilih barangan yang hendak dibeli agar kita tidak membazir atau boros dalam berbelanja. Pengguna juga jangan mudah tertipu dengan peniaga yang mengambil kesempatan menaikan harga sesuka hari tanpa sebab yang munasabah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Azmi menyeru kepada semua pengguna untuk terus peka dan berani membuat aduan sekiranya tertipu atau teraniaya.

Kira-kira 200 tetamu hadir dalam program anjuran Gerakan Pengguna Daerah Seberang Perai Tengah bersama anak Qariyah Masjid Alma Jaya yang memberi fokus kepada hak-hak pengguna dalam urusan pembelian barangan.

– AH

Tinggalkan komen anda