Skip to main content
Berita TempatanSabah

Lumrah Petugas Hospital Berbuka Puasa Sambil Bertugas

By 20 Jun 2016Oktober 8th, 2018Tiada komen2 minit bacaan

  Oleh: Zaidi Jamin (Sabah)

KOTA KINABALU, 20 Jun (Malaysiaktif) –Berbuka puasa sambil bertugas sebagai seorang Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP) di Hospital Queen Elizabeth (HQE) merupakan lumrah bagi petugas-petugas di unit Perkhidmatan Pelanggan di hospital terbabit.

Setiap panggilan telefon harus dijawab dan disambungkan dalam tempoh 10 saat  menyebabkan kakitangan di unit terbabit tidak berpeluang untuk membeli juadah berbuka sama ada di kantin atau di bazar Ramadan.KHIDMAT PELANGGAN HQE3

Menyedari tanggungjawab tersebut, Pentadbiran Unit terbabit mengadakan satu majlis berbuka puasa dalam kalangan anggota PKP, Unit Komunikasi Korporat HQE  yang diadakan  di bilik  operator Aras 3, Bangunan Berkembar HQE pada petang Khamis.

Program ini secara tidak langsung dapat memupuk sifat kerja berpasukan sambil menikmati juadah berbuka yang disediakan.

Menurut Ketua Unit Komunikasi Korporat HQE, Geraldine Voo, majlis berbuka puasa bersama-sama kakitangan unit PKP bukan perkara baharu setiap kali Ramadan, malah ada dalam kalangan anggota PKP yang tidak bertugas turut  menemani rakan sejawatan untuk berbuka puasa bersama.KHIDMAT PELANGGAN HQE4

“Ini menunjukkan bahawa Ramadan tidak hanya disambut oleh anggota Muslim sahaja malah turut dirasai bersama anggota yang bukan beragama Islam,” katanya semasa meraikan majlis ringkas berkenaan bersama petugas di khidmat pelanggan di unit terbabit.

Tambahnya, kemesraan dan keakraban dalam kalangan anggata PKP di bilik operater ini jelas menunjukkan kerjasama mereka dalam melaksanakan tugas dengan penuh ikhlas, sopan dan berbudi bahasa.

“Tidak semua pihak mengetahui atau sedar tentang pengorbanan petugas ini dalam melayani panggilan daripada orang awam yang memerlukan khidmat perubatan dan rawatan hospital,” jelasnya.

 

SF

Tinggalkan komen anda