
Oleh: Zuraidah Ahmad & Azman Jumat (Sabah)
KOTA KINABALU, 20 Jun (Malaysiaktif) –? Pusat Zakat Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerima sejumlah RM554,134.30 zakat perniagaan daripada badan-badan korporat sepanjang 2015.
Badan-badan tersebut terdiri daripada Celcom Axiata sebanyak RM160, 631, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad dengan RM35,000, Angkasa RM56,689.79, Bank Muamalat RM251,813.51 serta KPJ Sabah Specialist Hospital dan KPJ Damai Specialist dengan RM50,000.
Menurut Timbalan Pengerusi MUIS, Junaidi Jumahad, bayaran zakat perniagaan tersebut adalah untuk diagihkan kepada lapan asnaf yang berhak menerima.
Junaidi yang ditemui media pada majlis iftar tahunan badan itu di ibu negeri pada Jumaat lepas turut merakamkan penghargaan atas kesudian para pembayar dalam menunaikan kewajipan zakat perniagaan mereka.
Pada majlis itu, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menyampaikan sumbangan MUIS kepada 10 mualaf dari Mukim Tanjung Aru.
Hadir sama menyaksikan penyerahan tersebut, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar yang turut menunaikan solat fardu dan solat sunat tarawih bersama kira-kira 200 jemaah.
SF