Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Paraglider Kuala Kangsar Serah Diri

By 7 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Diyana Zamri (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 7 Jun (Malaysiaaktif) – Dua lelaki Melayu, masing-masing dalam linkungan umur 30-an, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, pada pukul 10.30 malam semalam.

Pada Ahad lalu, terdapat dua paraglider yang dilihat berlegar-legar di ruang udara Dewan Jubli Perak ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar sedang berlangsung.

Menurut Jurucakap Media Pilihan Raya Kecil (PRK) P.067 Kuala Kangsar, ACP Shaharon Anuar Abdul Latif, kedua-dua lelaki itu datang bersama kelengkapan paraglider dan mengakui mereka adalah juruterbang paraglider ketika kejadian tersebut.

“Pihak polis telah membuat tangkapan serta merampas peralatan-peralatan yang dibawa oleh kedua-dua lelaki berkenaan. Keterangan telah diambil dan kedua-dua lelaki tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis. Siasatan masih diteruskan,” jelasnya menerusi kenyataan media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, petang tadi.

Kes ini disiasat di bawah Peraturan 143 Peraturan-peraturan Penerbangan Awam (CAR) 2016, P.U. (A) 97. Berdasarkan peraturan tersebut, orang ramai tidak dibenarkan menerbangkan suatu kapal udara pengawasan kecil tanpa pemandu tanpa kebenaran Ketua Pengarah Penerbangan Awam Malaysia.

Sekiranya didapati bersalah, kedua-dua lelaki tersebut boleh disabitkan mengikut peraturan 206(3)(a), denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Tinggalkan komen anda