Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangorViral

Harap Momentum Sarawak Berjangkit di Sungai Besar – Nancy

By 7 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto: Kulasiri Jinadasa

SUNGAI BESAR, 7 Jun (Malaysiaaktif) – Mood dari Sarawak masih bagus, masih ada umph. Saya harap calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dapat dijangkiti mood Sarawak yang telah menang besar dalam Pilihan Raya Sarawak Mei lalu.

Demikian kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Nancy Haji Shukri ketika merasmikan Program Hello Komoditi Sungai Besar di Dewan Bestari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar, di sini pagi tadi.

Tambahnya, Budiman daripada namanya sahaja digambarkan sebagai orang yang mulia, rendah diri dan saya mengharapkan kemenangan besar di Sarawak jadi kemenangan gemilangnya di sini.

“Orang Sungai Besar perlu memahami rasional walaupun pembangkang telah menggunakan pelbagai cara namun orang Sarawak tetap percaya hanya BN sahaja yang boleh memberi perkhidmatan terbaik untuk membantu rakyat._KUL0839

Nancy yang juga Pemangku Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) berkata di Sabak Bernam terdapat 131 orang pekebun kecil yang telah menerima bantuan di bawah Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) dengan keluasan 225.59 hektar.

“Bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran, teknologi baharu dalam penanaman dan penyelenggaraan kebun diperkenalkan.

“Bagi meningkatkan kecekapan penyelenggaraan ladang dan produktiviti tenaga kerja pula pengusaha ladang dan pekebun kecil disaran melaksanakan amalan mekanisasi ladang.

“Contohnya, menggunakan mesin pemotong buah sawit atau cantas yang terbukti meningkatkan produktiviti tuaian sebanyak dua kali ganda daripada 1.8 tan kepada 3.2 tan Buah Tandan Segar (BTS) bagi seorang pekerja sehari berbanding galah secara manual.

“Kemudahan asas jalan ladang juga turut disediakan menerusi program Jalan Ladang Pekebun Kecil (JLKP) bagi pekebun kecil komoditi menjalankan aktiviti sosio-ekonomi di kawasan luar.

“Pada 2015, sebanyak dua projek jalan ladang telah disiapkan di kawasan Sungai Besar melibatkan perbelanjaan sebanyak RM375,909, manakala pada tahun ini MPIC memperuntukkan RM1.8 juta bagi melaksanakan sembilan projek jalan ladang di sini,” ujar Nancy lagi.IMG_1065

Bagi pekebun kelapa sawit di Sekinchan, Abdul Rani Ahmad, 48, memang banyak bantuan diberikan oleh kerajaan seperti bantuan benih, penanaman semula kursus dan sebagainya namun bantuan itu tidak semuanya sampai kepada pekebun kerana tiada maklumat diberikan.

“Kalau ada peruntukan daripada kerajaan seperti baja dan benih, saya memang pernah dengar tapi saya tak pernah dapat, pekebun lain memang ada dapat. Dengarnya MPOB yang mengeluarkan benih, saya pernah cuba untuk daftar tapi tak dapat,” kata Rani yang telah empat tahun menguruskan kebun kecil kelapa sawitnya bersama isteri.

DK

 

Tinggalkan komen anda