Skip to main content
Berita TempatanSabah

Perajurit Muda, Askar Wataniah 2016 Milik Pelajar Politeknik KK

By 3 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

  Oleh: Siti Mariam Aziz Rashid (Sabah)

KOTA KINABALU, 3 Jun (Malaysiaktif) –? Penuntut Keseluruhan Terbaik Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 2/2016 dan Kursus Kadar Bakal Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR) Siri 1/2016 menjadi milik dua pelajar Politeknik Kota Kinabalu(KK)

PJM Mohd. Jumat Maidi menerima Anugerah Keseluruhan Terbaik Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) (APMS) manakala Prebet (PBT) Alsad Sager diumumkan penuntut terbaik keseluruhan bagi Kursus Kadar Bakal Pegawai Tidak Tauliah Rendah (KADAR) yang disampaikan oleh Leftenan Kolonel Abd. Razak Hj. Baharin, Pegawai Memerintah Batalion Ketiga, Rejimen 507 Askar Wataniah di Politeknik Kota Kinabalu, semalam.

Tiga lagi pelajar Politeknik KK turut menerima anugerah bagi kategori lain iaitu Anugerah Kawad Terbaik (APMS) disandang oleh PJM Fandi Asmat, Anugerah Akademik Terbaik (APMS) diterima PJM Indah Mulimah Alex dan Anugerah Akademik Terbaik (KADAR) oleh PBT Nurzarra’Ain Azmieda Azamie.Anugerah Watania Poli 02

Kelima-lima pelajar berkenaan adalah antara 75 pelajar Politeknik KK yang telah menyertai Kursus APMS dan KADARselama sebulan sejak awal Mei 2016 di dua lokasi berbeza iaitu Politeknik KKK dan Kem Paradise Kota Belud.

Penyelaras Program, Leftenan Md. Syadiqin Awg Adi @ Jumaat berkata selain pelajar Politeknik kk, kedua-dua kursus tersebut turut disertai 160 anggota batalion Rejimen 507 Askar Wataniah dan 11 Kompeni, Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) Askar Wataniah.

“Buat julung-julung kalinya, kursus ini dijalankan hasil kolaborasi bersama antara Politeknik KK dengan Rejimen 507 Askar Wataniah.

Jelasnya, objektif utama kursus ini adalah untuk mendedahkan para pelatih tentang ilmu ketenteraan yang dapat membentuk dan meningkatkan sikap disiplin, kerjasama, pematuhan arahan serta pendedahan asas dalam taktik peperangan.

“Secara keseluruhannya kursus ini menyediakan pelbagai cabaran yang menguji kekuatan mental dan fizikal para pelatih.

“Aktiviti yang dijalani seperti latihan kawad, menembak senjata M16, ilmu medan perang dan bersukan, kesemuanya akan diberi ujian dan penilaian untuk mengenal pasti tahap prestasi pelatih,” ujarnya lagi.

SF

Tinggalkan komen anda