Skip to main content
Berita TempatanHomePerakViral

[VIDEO] PRK Kuala Kangsar – Dr Ahmad Termizi Calon ‘Amanah’

By 3 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Diyana Zamri / Video: Pradeeb Kumar Velayutham (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Pakatan Harapan (PH) yang terbentuk daripada kerjasama antara Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) menamakan Dr. Ahmad Termizi Ramli sebagai calon di kerusi P.067 Kuala Kangsar.

Penamaan tersebut meletakkan beliau sebagai satu-satunya calon lelaki dalam pertembungan tiga penjuru setakat ini dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Abdul Yazid, dan calon PAS, Dr. Hjh Najihatussalehah Ahmad.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu membuat pengumuman ini semasa Pengisytiharan calon Pakatan Harapan di Kota Lama Kanan, malam ini.

 

 

 “Daripada keturunan Melayu. Beragama Islam. Lelaki. Orang berpelajaran, sesuai untuk memimpin dan bercakap di Parlimen mewakili PH bersama hero-hero kita yang berada dalam Parlimen sekarang…maka, calon kita itu ialah Dr. Ahmad Termizi Ramli,” ujar Mat Sabu.

Ahmad Termizi, 61, yang merupakan Naib Ketua Amanah Kawasan Kuala Kangsar, berasal dari Kampung Suak Petai, Manong, Kuala Kangsar. Pernah bertugas sebagai profesor di Jabatan Fizik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ahmad Termizi turut aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai ahli jawatankuasa Pusat IKRAM dan Setiausaha Biro Politik IKRAM.

Turut hadir, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang, Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan Bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin.

 

-AH/AAS

Tinggalkan komen anda