Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerak

Permintaan Tinggi Ikan Pekasam di Bulan Ramadan

By 8 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Fasharina Kholil (Gerik)

GERIK, 8 Jun (Malaysiaaktif) – Seorang pengusaha ikan pekasam, Rafeah Abd Manap, 47, tidak menyangka ikan pekasamnya mendapat permintaan tinggi di bulan Ramadan ini.

Rafeah yang mempelajari cara pembuatan ikan ini daripada sahabatnya, telah mengusahakan perniagaan ini secara kecil-kecilan sejak 10 tahun lalu.

Menurut Rafeah, permintaan ikan pekasam kebiasaannya antara dua hingga tiga kilogram sehari.  Namun begitu, permintaan di bulan Ramadan ini meningkat sehingga 15 kilogram sehari.

“Beberapa hari sebelum ketibaan Ramadan, tempahan telah pun meningkat. Mungkin kerana keenakannya, ikan ini sesuai untuk dijadikan hidangan semasa berbuka puasa ataupun sahur,” ujar Rafeah.

Tambahnya, antara ikan yang digunakan adalah ikan Sebarau, ikan Lampam serta ikan Puyu dan dijual dengan harga RM20 sekilogram.

“Semua ikan dibeli terus di pasar, ada juga yang ditempah daripada pemborong ikan mengikut permintaan daripada pelanggan”, jelasnya.

Beli ikan kat pasar

Rafeah menunjukkan ikan yang dibeli di pasar.

Rafeah turut mendedahkan, proses membuat ikan pekasam ini dimulakan dengan perapan air garam selama tiga hari bersama-sama asam keping. Kemudian, beras goreng yang telah dikisar dimasukkan bersama-sama ikan dan seterusnya diperap selama dua minggu.

“Ikan pekasam sedap dimakan sekiranya digoreng bersama-sama hirisan bawang dan cili dan perahan limau nipis”, ujar Rafeah.

Rafeah yang bekerja di sektor swasta, turut menyatakan bahawa perniagaan ikan pekasam ini hanyalah sekadar mengisi masa lapang dan untuk menambah duit poket.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda