Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Sambutan Baik oleh Pemilih Muda – Khairy

By 8 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh : Khairil Anuar & Jaitripta Kaur

SUNGAI BESAR, 8 Jun (Malaysiaaktif) – Sambutan dilihat agak baik disebabkan oleh calon yang diterima baik di kalangan pemilih-pemilih muda.

Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata demikian di Majlis Berbuka Puasa di Surau Riyadhus Solihin, Kampung Nelayan, Sungai Haji Dorani, petang tadi.

Dalam ucapan beliau menyatakan perjalanan kempen Pemuda berjalan seperti yang dirancang.

Tambahnya lagi, “Calon merupakan seorang yang tidak asing dan mempunyai rekod yang baik di kawasan Sungai Besar”.

Menurut beliau, lawatan dari rumah ke rumah merupakan cara yang baik untuk mendapat sokongan di kalangan orang muda.

Mengulas mengenai pemilih muda di Sekinchan, beliau menyatakan perancangan melalui parti komponan untuk ke Sekinchan dan berkempen dengan orang muda daripada masyarakat Cina melaui sentuhan khas.

Walaupun terdapat cabaran dalam melaksanakan program ini namun parti komponen tidak akan mengaku kalah.

Sebanyak 10 buah rumah telah dilawat, dan sumbangan barangan keperluan harian telah disumbangkan.

-DK

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda