Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Petugas Malam Tidak Dilupakan

By 23 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Azrul Hasan, Jamil Zainul & Ibrahim Hashim/ Foto: Shamsul Bahari Abdul Shukor (Pulau Pinang)

KEPALA BATAS, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Dalam keheningan waktu malam, masih ramai yang terpaksa meninggalkan keluarga untuk berada di luar bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Menghargai peranan petugas-petugas malam, Jabatan Penerangan Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas telah menganjurkan program Kembara Sahur Ramadan yang bergerak menelusuri sekitar Daerah Seberang Perai Utara, di sini semalam.

WhatsApp-Image-20160623 (4) (1)

Menurut Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, usaha ini jelas menunjukkan pihak kerajaan menghargai peranan yang dimainkan oleh petugas-petugas malam, tatkala orang lain sedang lena tidur.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Haji Ishak Abdullah berkata, objektif utama program ini adalah untuk mengagihkan juadah sahur kepada para petugas malam yang bertugas.

“Sebanyak 180 bungkusan makanan telah disediakan untuk diagihkan kepada agensi-agensi kerajaan mahupun swasta yang sudah disenaraikan di sekitar Daerah Seberang Perai Utara.

“Program ini merupakan siri yang pertama dan siri yang kedua akan dijalankan pada hujung minggu ini di sekitar Daerah Barat Daya pula,” ujar Ishak, yang juga merupakan ketua program Kembara Singgah Sahur ini.

WhatsApp-Image-20160623 (12)

Kembara yang disertai oleh 50 anggota dengan 13 kenderaan ini turut disertai oleh agensi-agensi lain di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Pulau Pinang seperti Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

WhatsApp-Image-20160623 (19)

Dilancarkan di hadapan Masjid Jamiul Badawi seawal 12.30 pagi, Kembara Singgah Sahur Ramadan ini kemudiannya singgah ke 13 lokasi lain, antaranya Hospital Kepala Batas, Tenaga Nasional Berhad(TNB), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Balai Polis Butterworth dan Tol PLUS Bertam.

Juadah sahur yang berupa makanan telah mendapat sumbangan daripada pelbagai pihak syarikat dan individu.

WhatsApp-Image-20160623 (5)

-AH

Tinggalkan komen anda