Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kerajaan Negeri Iktiraf Pelajar Tahfiz – Musa

By 23 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh Zuraidah Ahmad & Shahvian Muhammad Razali (Sabah)

KOTA KINABALU, 23 Jun (Malaysiaktif) –? Kerajaan Negeri akan memberikan pengiktirafan sewajarnya terhadap para pelajar tahfiz dari aspek peluang kerjaya, melanjutkan pengajian dan insentif bagi menyuntik minat golongan tersebut.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman, bagi tujuan tersebut, institusi tahfiz al-Quran di Sabah akan diperkasakan termasuk meningkatkan taraf bidang pengajian, kemudahan prasarana dan sebagainya agar sebaris dengan institusi tahfiz di negeri-negeri lain.

Tambahnya, majlis menghafaz al-Quran peringkat negeri pada tahun depan wajar diadakan setaraf dengan majlis tilawah al-Quran peringkat negeri kerana Sabah telah melahirkan ramai hafiz dan hafizah di peringkat kebangsaan.

imageTeks ucapannya disampaikan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif pada Majlis Perasmian Program Bicara Ramadan Sempena Nuzul Al-Quran 1437H/2016M di Dewan Saadah Wisma MUIS, semalam.

Pada majlis itu, ceramah bertajuk ‘I’jaz al-Quran dari Sudut Sains’ disampaikan penceramah jemputan yang juga Ketua Pengarah IKIM, Prof Dr Azizan Baharuddin yang turut dihadiri kira-kira 5,000 umat Islam.

SF

Tinggalkan komen anda