Skip to main content
Berita TempatanSabah

200 Asnaf Terima Sumbangan Syarikat Kumpulan BTC

By 23 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh Muniyamma a/p Marapen & Vicky Sylvester Matanjang (Sabah)
KOTA KINABALU, 23 Jun (Malaysiaktif) –? Seramai 200 asnaf terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan golongan kurang berkemampuan menerima sumbangan amal daripada Syarikat Kumpulan BTC Sabah.

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Abdul Kadir M.E Sikkandar, majlis itu merupakan aktiviti tahunan kali ketujuh untuk membantu meringankan beban golongan terbabit sempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Pada hari ini, BTC turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang ringgit dan keperluan asas lain seperti beras, susu, gula dan sebagainya.

image“Pada masa yang sama, sebanyak 5,000 bungkus bubur lambuk turut diagihkan kepada orang ramai,?” jelasnya kepada media.

Tambah Kadir, syarikat tersebut turut mengadakan beberapa program sepanjang bulan Ramadan seperti lawatan dan agihan juadah berbuka kepada rumah warga tua, agihan bubur lambuk ke hospital-hospital dan orang ramai.
?
Hadir menyempurnakan penyampaian ??ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid pada Majlis Penyampaian Sedekah Jariah Syarikat kumpulan berkenaan di Pekarangan Masjid Bandar Raya di sini petang semalam.

Turut hadir Pengerusi Kumpulan BTC Berhad, Datuk Haji Abdul Jamal Tun Haji Sakaran, Pengarah Eksekutifnya Datin Hajah Sithi Kathija Begam Jailani serta pengarah-pengarah eksekutif syarikat berkenaan.

SF

Tinggalkan komen anda