Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

PRK Kuala Kangsar: 88% Keluar Undi Awal

By 14 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Diyana Zamri & Aimi Huwaina / Foto: Pradeeb Kumar & Fandy Azlan (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 14 Jun (Malaysiaaktif) – 88 peratus daripada 312 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), pesara dan pasangan mereka membuat undian awal di Kuala Kangsar hari ini menjangkaui jangkaan awal Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Fandy 7

Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Aziz Khalidin, berkata, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kehadiran pengundi pada hari ini seramai 80 peratus.

“Setakat ini proses perjalanan undi awal ini nampaknya berjalan dengan baik. Kita lihat ramai yang sedang beratur di luar untuk masuk ke dalam dewan untuk mengundi,” katanya ketika ditemui di Dewan Tun Salleh Ismael, Kompleks Perumahan Polis, Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Kangsar, pagi tadi.

FNC_1490

Abdul Aziz berkata, jumlah pengundi terdiri daripada 292 anggota polis, pasukan PGA dan termasuk  pesara dan pasangan anggota. Pengundi di parlimen P.067 Kuala Kangsar ini melibatkan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Manong dan DUN Bukit Chandan dengan pecahan pengundi awal masing-masing 20 dan 292 orang.

“Setakat hari ini, SPR mendapati tiada sebarang masalah yang dilaporkan. Kempen di sini dijalankan dengan baik dan tiada parti yang melanggar apa-apa peraturan,” katanya.

Dalam pada itu, anak pertama kepada calon Barisan Nasional Kuala Kangsar. Datin Mastura Mohd Yazid,  Wan Emir Astar, 26, berkata, setakat ini sambutan amat menggalakkan terhadap mereka adik-beradik sebagai wakil calon.

Pradeeb 6

Wan Emir Astar (tengah) bersama Wan Imar Izzat (dua dari kiri), Wan Amar (dua dari kanan), dan Wan Iskandar (kanan) berbual dengan anggota polis di Balai Polis Manong.

“Alhamdulilah, saya melihat sokongan terhadap wakil calon cukup baik dan kami anggap itulah menggambarkan sokongan terhadap calon itu sendiri. Insya-Allah, pada hari pengundian itu nanti akan tunjuk betapa banyaknya yang menyokong calon BN,” katanya yang turut ditemani adik-adiknya, Wan Imar Izzat, 25, Wan Iskandar, 23, dan Wan Amar, 19.

Tinggalkan komen anda