Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

FAMA Bukan Sebagai Orang Tengah

By 14 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh Ashraf Ahmad Jarkasi

PASIR PANJANG, 14 Jun (Malaysiaaktif) – Memahami fungsi serta peranan sahaja akan dapat memperbetulkan persepsi bahawa FAMA adalah orang tengah dan mencari keuntungan daripada petani.

Pengerusi FAMA, Datuk Paduka Tan Sri Haji Badaruddin Amiruddin berkata demikian semasa di Sidang Media Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Peserta Ladang Kontrak dan Ramah Mesra bersama Usahawan FAMA Parlimen Sungai Besar di perkarangan rumah Haji Mardi Sukir, Parit 10 petang semalam.

“Dalam memastikan hasil pengeluaran petani mendapat pasaran yang sewajarnya FAMa akan membantu bertindak sebagai Lembaga Pemasaran dan bukan melalui orang tengah agar keringat petani dihargai”, ujar beliau.

“FAMA turun di Sungai Besar bukanlah disebabkan Pilihanraya semata tetapi FAMA sentiasa bersama Petani dalam setiap masa. Fama adalah agensi yang memberi perkhidmatan dan bukannya mencari keuntungan selain membantu belia untuk melibatkan diri di sektor keusahawanan”.

Antara program-program pembangunan usahawan yang yang telah dilaksanakan FAMA adalah seperti KUKUH, Program Kontrak Ladang dan Gerai Buah-buahan Segar (GBBS) di mana ianya merupakan platform yang telah FAMA wujudkan untuk usahawan memasarkan keluaran hasil pertanian dan industri asas tani mereka.

“Petani-petani diingatkan supaya menjaga pokok dengan elok agar hasil tanaman dapat kualiti yang baik dan dapat dijual dengan harga yang baik” tambahnya lagi.

Badarudin juga mengingatkan agar belia perlu mendaftarkan diri dengan FAMA untuk menjadi usahawan dan mendapat bimbingan keusahawanan.

“Bagi industri makanan, belia boleh membuka perniagaan secara kecil-kecilan dan FAMA boleh membantu dari segi pemasaran manakala pihak kementerian membantu dari segi kelengkapan dan modal” jelas beliau.

“Setakat ini FAMA menerima respon yang baik di mana sudah mencecah hampir 100 ribu usahawan di bawah bimbingan FAMA yang mana dahulunya mereka ini adalah penerima bantuan e-kasih tetapi kini kehidupan mereka berubah setelah menyertai sebagai usahawan FAMA” ujarnya.

IMG-20160614-WA0037

Dalam majlis itu juga beberapa penyerahan insentif disampaikan antaranya insentif kanopi kontrak sebanyak 8 unit bernilai RM 3,200, insentif kepada peserta KUKUH Parit 10 bernilai RM 90,000, plak insentif GBBS bernilai RM 15,000 , insentif penambahbaikan agrobazaar K-Shoppe Nandong Global Food Industri, bantuan barangan persediaan menyambut Ramadan kepada golongan orang tua,asnaf dan miskin setempat seramai 20 orang dan juga sumbangan kepada anak-anak yatim seramai 30 orang.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Bin Ishak, dan juga anak kepada Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin.

 

-DK

Tinggalkan komen anda