Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlisViral

Sarawak Ingin Belajar Daripada Kejayaan SUKMA Perlis

By 21 Jun 2016Jun 22nd, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Anuar Che Amat

KANGAR, 20 Jun (Malaysiaktif) –  Sarawak telah bersedia untuk menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) kali ke 18 pada bulan Julai ini.

Perkara itu di nyatakan oleh Menteri Belia dan Sukan dan Sodilariti Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawang selepas melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man di Kangar hari ini.

Beliau berkata tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk menjemput Menteri Besar Perlis dan para delegasi kontinjen SUKMA Negeri  Perlis ke Temasya SUKMA yang akan berlangsung pada 22 hingga 31 Julai nanti.

‘Kami telah melawat beberapa fasiliti yang terdapat di negeri untuk melihat kejayaan Perlis anjurkan SUKMA pada tahun 2014 dan kami berminat dengan asrama penginapan atlit yang di uruskan oleh Perlis, kaedah ini akan kami guna pakai di Sarawak nanti, katanya lagi.

Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntukan lebih 400 juta ringgit sejak dua tahun lepas untuk membina dan memperbaiki beberapa tempat dan gelangang sukan bagi keselesaan para atlit yang akan bertanding nanti’, ujarnya lagi.

Menurut Azlan, seramai 256 atlit dan pegawai akan membawa cabaran Perlis pada SUKMA di Sarawak.

Untuk rekod, kali terakhir Sarawak menganjurkan SUKMA ialah pada 1990 dan pada kali ini tiga tempat akan menjadi lokasi pertandingan, iaitu di  Kuching, Miri dan Sibu. Di jangka lebih empat ribu atlit akan mengambil bahagian dalam temasya dwi tahunan ini.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda