
Oleh Mohd Muhaimin Amran
JASIN, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini dimeriahkan dengan Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan kepada semua pemimpin masyarakat serta agensi yang terlibat dan banyak membantu kepimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.
Justeru, lebih 150 orang pemimpin serta wakil agensi hadir malam tadi dalam majlis yang diadakan di Bayou Lagoon Resort, Bukit Katil.
Penjawat Awam, Saleh bin Hj Dol, 49, berkata program ini merupakan pemangkin semangat kepada semua agensi yang selama ini berkhidmat kepada orang ramai dan dengan jemputan ini mereka akan merasa dihargai.
Mantan Penghulu DUN Merlimau, Lazan Ali 60 berkata, beliau berasa dihargai bila dijemput bersama-sama dimajlis ini walaupun perkhidmatannya telah tamat secara rasmi, pencen wajib pada Febuari lepas dan berharap program sebegini dapat diteruskan sebagai penghargaan kepada semua.
“Majlis seumpama ini akan diteruskan setiap tahun agar dapat mengeratkan hubungan antara agensi dan pemimpin masyarakat di dalam DUN Merlimau dan supaya kita sentiasa memperingati bulan ramadhan dan memperbanyakkan amalan bersedekah dibulan yang mulia ini,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau, Datuk Roslan Haji Ahmad.
Turut hadir memeriahkan majlis Pegawai Daerah Jasin,Zamrud Yahya; Penghulu DUN Merlimau, Haji Zulkifli bin Mohd Tahir dan barisan kepimpinan di DUN Merlimau.