Oleh Fauziah Hussain
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Malaysiaktif) – “Ramadan adalah bulan di mana umat Islam perlu merebut ganjaran pahala dengan meningkat amal ibadah kerana ganjaran dijanjikan Allah SWT adalah berlipat kali ganda”.
Demikian saranan Pengerusi Surau Jumaat An-Naim Seksyen 6 Wangsa Maju, Haji Husin Pawiro ketika ditemui pada malam pertama penduduk setempat dan yang berdekatan menunaikan Solat Tarawih.
Tambahnya lagi, “Seumpama jualan murah, jika hari biasa ganjaran diperoleh 10, maka ganjaran pahala boleh mencecah 700 jika dilakukan penuh taat dan ikhlas di sepanjang bulan mulia ini.”
Solat tarawih berjemaah disusuli takzirah selama 30 minit disampaikan oleh Penasihat Syariah TV Alhijrah, Ustaz Syed Sharidzan Syed Muhamed tentang hubungan Ramadan dan akhirat.
Kira-kira 700 orang hadir untuk solat tarawih hari pertama ini.