
Oleh Azri Zainal Abidin / Saharuddin Othman
PUTRAJAYA, 6 Jun (Malaysiaktif) – Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint (SKPP) 9(1) telah dinobatkan sebagai juara Floria Garden Award bagi kategori Sekolah Rendah dalam Pertandingan Taman Sekolah dan Universiti serta Seni Flora sempena Floria Diraja Putrajaya 2016.
Guru Penyelaras SKPP 9(1) ketika ditemui berkata, “usaha dan penat lelah bersama ahli kumpulan membuahkan hasil apabila berjaya pertahankan kejuaraan yang menjadi milik sekolah ini pada tahun lalu.”
Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Seri Hasim Ismail di Pentas Utama Floria, Anjung Floria, Presint 4 Putrajaya Sabtu lepas.
Ahli kumpulan SKPP 9(1) yang menjulang kejuaraan ini telah memenangi trofi, sijil penyertaan dan wang tunai sebanyak RM1,500.
Sebanyak 58 pasukan bertanding telah menghasilkan taman mini dengan penglibatan lebih daripada 1,200 peserta yang terdiri daripada pensyarah, guru dan pelajar.
Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Taman Sekolah dan Universiti Serta Seni Flora Sempena Floria Diraja Putrajaya 2016