Skip to main content
Berita TempatanSabah

Sentuhan Kasih K1M Putatan Bantu Mangsa Kebakaran

By 6 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

  Oleh: Asmidar Zainol & Azman Jumat (Sabah)

KUDAT, 6 Jun (Malaysiaktif) –? Program Sentuhan Kasih mengeratkan hubungan antara Komuniti 1Malaysia (K1M) Daerah Putatan dengan masyarakat tempatan di Landung Ayang, Kudat, semalam.

Menurut Pengerusi Permuafakatan K1M Sabah, Tahir Md Soon selepas program sumbangan kepada keluarga mangsa gempa bumi pada tahun lalu, pihaknya kini  terpanggil untuk membantu meringankan beban mangsa kebakaran di kampung berkenaan yang memusnahkan 233 buah rumah pada 24 Mei lalu.

“Kami amat dukacita dengan kejadian yang berlaku dan sebagai badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Penerangan Sabah (Japen) kami terpanggil untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan sebagai suatu tanggungjawab kami.K1M 1

“Kami tidak dapat membantu mereka dengan sepenuhnya tetapi kami berharap sekurang-kurangnya sumbangan yang diberikan hari ini dapat meringankan beban mereka memandangkan Ramadan yang semakin hampir,” katanya di tapak Pusat Penempatan Bencana di sini, selepas menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur, pakaian terpakai, serta wang tunai bernilai RM2,400.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana kampung tersebut, Abdul Khan Amirul, 51, berkata bagi pihak mangsa, beliau  berterima kasih kepada para penyumbang yang datang dan menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan yang ditanggung keluarga.

Beliau turut menjelaskan sumbangan dalam bentuk wang tunai amat diperlukan untuk membeli barangan peribadi selain penapis air di pusat penempatan bencana.

?Terdahulu, konvoi Sentuhan Kasih yang disertai 10 buah kenderaan dilepaskan Pemangku Pengarah JaPEN Sabah, Yunus Saprin di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Sabah.

SF

Tinggalkan komen anda