Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerak

Tak Marah, Kesian Kepada Calon Bebas – Shahrizat

By 8 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Diyana Zamri (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 8 JUN (Malaysiaaktif) – Ketua Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, meluahkan rasa simpati kepada calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 49, berikutan kenyataannya yang dianggap sebagai merendahkan kedudukan kaum wanita, pada Ahad lalu.

“Saya baca ada komen yang kononnya kenapa seorang wanita mesti diberi peluang. Bila saya baca komen macam itu, saya kesian pula dekat orang yang berpendapat begitu. Saya tak marah, saya kesian kepada beliau,”

Shahrizat mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh bekas pensyarah Seni Bina di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bahawa wanita tidak layak memimpin. Kenyataan beliau itu telah mencetuskan kemarahan pelbagai pihak.

“Sebenarnya, kalau kita tengoklah dari segi Islam, saya selalu kata, wanita diletakkan di satu tahap yang amat mulia, yang tertinggi sekali. Kalau kita menyingkap kembali sejarah dalam Islam, Rasulullah SAW, Nabi Muhammad dengan isteri baginda, Saidatina Siti Khadijah di sisi baginda sentiasa memberi kekuatan, cadangan, dan pandangan serta menjadi rakan seperjuangan.

Dalam sejarah Islam pun, ramai pemimpin terdiri daripada wanita, jadi saya rasa tidak ada masalah atau isu langsung,” ujar Shahrizat ketika sidang media di Pusat Media KKMM Pilihan Raya Kecil P.067 Kuala Kangsar di sini, tengah hari tadi.

 

-AH/AAS

Tinggalkan komen anda