Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Tindakan Cantas Poster Kumpulan Guna Van Putih

By 8 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Rizal Redzuan / Gambar hiasan

SUNGAI BESAR, 6 jun (Malaysiaaktif) – Sekumpulan lelaki yang menaiki van putih menggunakan logo Kerajaan Negeri Selangor telah mencantas beberapa poster Barisan Nasional dengan sebilah parang panjang di simpang empat jalan belakang Balai Polis Sungai Besar menghala ke Shahjehan Homestay pada Isnin.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 10.40 malam itu, seorang lelaki berkulit gelap dan memakai seluar biru dengan membawa parang panjang bersama rakan-rakannya seramai enam orang lagi dihampiri oleh dua orang wartawan Malaysiaaktif, Muhammad Rizal Redzuan dan Syed Fauzi Syd Mostapa yang dalam perjalanan pulang setelah bersolat tarawih di Masjid Makmuriah di sini.

Keadaan gelap ketika itu menyebabkan kamera telefon bimbit tidak dapat merakam kejadian tersebut.

Setelah memperkenalkan diri, mereka tidak mahu menjawab soalan jika tidak melihat kad media daripada kedua-dua wartawan.

Mereka berjanji akan menunggu kedua-dua wartawan ini mengambil kad media di homestay yang hanya tiga minit jaraknya dari lokasi.

Walau bagaimanapun setelah mengambil kad media dan kamera, tiada lagi kelibat mereka di tempat kejadian.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda