Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanEkonomiHomeMelakaViral

Teknologi Tidak Mengetepikan Tugas Manual Amil Zakat

By 3 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 3 Jun (Malaysiaaktif) – Amil zakat merupakan petugas yang diberi kuasa oleh negara, organisasi, jabatan, lembaga atau yayasan untuk mengumpulkan zakat daripada mereka yang wajib membayar zakat.

Bagaimana pun, perubahan zaman yang memudahkan pengutipan zakat menggunakan kaedah dalam talian wujud selari bersama tugas ‘manual’ yang merupakan tugas amil zakat.

“Kemudahan ini tidak menganggu tugas amil, kerana amil melakukan tugas mereka secara manual dan masih ramai yang selesa untuk berurusan dengan amil berbanding pembayaran secara online (dalam talian),” jelas Timbalan Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Hj Yaakub Md Amin kepada Malaysiaaktif.

 

f6e9a52b-4e06-4c8a-ae5d-a8cd6efcedb5

Seminar Ahlan Yaa Ramadhan 1437H/2016M di Masjid Al-Azim.

 

Beliau berkata, sebaliknya kemudahan dalam talian membantu menambahkan lagi kutipan zakat, terutama bagi individu-individu yang berada di luar negara.

“Kita menyasarkan RM3.7 juta zakat fitrah akan dikutip pada tahun 2016 ini melibatkan 552,238 ribu penduduk Islam di Melaka dengan nilai zakat tahun ini sebanyak RM6.70,” jelas Yaakub.

Menurutnya lagi, jumlah yang diperoleh setiap tahun menunjukkan peningkatan. Pada 2015, jumlah kutipan yang diperoleh adalah sebanyak RM3.6 juta melibatkan 541,062 orang.

Yaakub berkata demikian selepas Majlis Pertauliahan Amil-amil Zakat Fitrah Berserta Seminar Ahlan Yaa Ramadhan 1437H/2016M di Masjid Al-Azim, pagi semalam.

Pada majlis yang sama, seramai 938 orang ditauliahkan sebagai amil zakat bagi membantu MAIM mencapai sasaran.

Selain pelantikan amil dan aplikasi izakat.com yang boleh dimuat turun dalam telefon pintar, pihak MAIM turut menyediakan kaunter bergerak untuk memudahkan orang ramai di Melaka bagi melunaskan zakat.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda