Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Mama Pink dengan Peserta Termuda Johan Futsal

By 3 Jun 2016Jun 4th, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fasharina Kholil (Gerik)

GERIK, 3 Jun (Malaysiaaktif) – Pasukan Mama Pink muncul juara Pertandingan Futsal Kategori Wanita ketika Program Futsal Santai Anak Pahat anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Pahat pada Rabu.

Menurut ahli pasukan Mama Pink, Amna Ayuni Safiya Saharuddin, 12, dia berasa sangat teruja kerana pasukannya berjaya menjadi johan bagi kategori wanita.

“Saya berharap program sebegini dapat diteruskan lagi dari masa ke semasa bagi mengasah bakat anak-anak muda di samping dapat mengisi masa lapang,” ujar Amna yang merupakan peserta paling muda dalam pasukannya.

Sementara itu, salah seorang urusetia program ini, Nor Faizah Supian, 43, berkata, sukan futsal menjadi pilihan kerana ia merupakan sukan yang popular dalam kalangan remaja. Oleh itu, program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bukan saja di kalangan remaja tetapi turut disertai oleh kanak-kanak.

 

25cae5c7-1ecf-461a-9bd7-c87e7c9c6fb0

 

“Selain menyatukan penduduk setempat tanpa mengira usia, program ini juga bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang cergas serta mengamalkan gaya hidup sihat,” jelas Nor Faizah kepada Malaysiaaktif.

Selain Kategori Wanita, Program Futsal Santai Anak Pahat ini turut terbahagi kepada dua lagi kategori iaitu Kategori Lelaki dan Kategori Kanak-kanak masing-masing dimenangi oleh pasukan Warrior dan The BoyBoy.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda