Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerak

Tiada Pelajar Akan Dianiaya – Idris Jusoh

By 9 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Aimi Huwaina / Foto: Diyana Zamri (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 9 Jun (Malaysiaaktif) – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh hari ini menjamin bahawa tidak akan ada pelajar yang dianiaya melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Biasanya, yang dapat hukuman kerana mereka langsung tidak menghubungi PTPTN dan tidak ada rekod mereka. Kalau ada masalah, jumpa PTPTN dan saya memberi komitmen sebagai menteri bahawa tidak ada pelajar yang akan teraniaya.”

“Kalau tak boleh bayar, pergi jumpa PTPTN, kita boleh reschedule bayaran-bayaran pada mereka yang ada masalah,” jelas Idris kepada media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran ke Politeknik Malaysia dan Penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan PTPTN.

Sementara itu, Idris turut menyatakan bahawa politeknik adalah pilihan pertama dan setaraf dengan Universiti Awam.

“Jangan kita fikir anak kita yang masuk politeknik second class, dulu mungkin, sekarang tidak ada lagi. Anak kita masuk politeknik dia pandai buat kerja dengan tangan dia sendiri. Sekarang industri cari orang macam ini… Masa depan pelajar-pelajar politeknik yang ada pada hari ini cerah, sama dengan pelajar-pelajar yang masuk universiti,” ujar Idris lagi.

Idris Jusoh with Student 2

Pada majlis yang sama, seramai 76 pelajar politeknik dari Kuala Kangsar, Lenggong, Gerik, Padang Rengas, Taiping dan Sungai Siput menerima wang pendahuluan PTPTN.

Mengulas mengenai hasrat calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid, untuk menaik taraf Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) sebagai universiti penuh, Idris berkata perkara berkenaan akan dibincang bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlebih dahulu.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda