Skip to main content
Berita TempatanHomeNegeri Sembilan

Usahawan Kecil Kolej Komuniti Jelebu

By 1 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh : Nurul Akmal Zainuddin (Jelebu)

JELEBU, 1 Jun (Malaysiaktif) – Bukan sekadar belajar ilmu keusahawanan di kolej, para pelajar Kolej Komuniti Jelebu juga digalakkan untuk mempraktikkan segala yang dipelajari di luar.

Justeru, apabila Pejabat Tanah dan Daerah Jelebu mengadakan Hari Usahawan Jelebu 2016, 2 kelas keusahawanan telah dihantar untuk menyertai program itu. Program yang diadakan pada 28-29 Mei 2016 ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Jalaluddin Alias. Turut dilancarkan logo baru bagi produk usahawan Jelebu.

Pelajar terlibat menimba pengalaman berniaga secara praktikal

Pelajar terlibat menimba pengalaman berniaga secara praktikal

Menurut Wan Nadirah binti Rosli, pensyarah kedua-dua kelas ini, peluang yang ada digunakan bagi memberikan pengalaman kepada para pelajar.

“Sekiranya pihak Pejabat Tanah dan Daerah bersetuju untuk mengadakan jualan car boot setiap hujung minggu, beliau berharap anak-anak muridnya akan mengambil peluang berjual di situ,” ujar beliau lagi.

Menurut Al-Amin Azzuariza, pelajar kelas kausahawanan, dia mendapat pengalaman berharga berhadapan dengan pelbagai ragam manusia ketika menjual, malah kerjasama antara anggota kumpulan sangat penting dalam memastikan barangan yang dijual laris.

 

-SH

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda