Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerak

Warga Emas, Ibu Tunggal, Belia India Terima Bantuan

By 11 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh : R.Vikkneswaran (P.Pinang) & Pradeeb Kumar Velayutham (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 11 Jun (Malaysiaaktif) – Golongan warga emas dan ibu tunggal serta belia masyarakat India di Kuala Kangsar menerima bantuan bernilai kira-kira RM5,000 daripada Yayasan myNadi.

Pengerusi Yayasan myNadi, Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai bersama-sama bekas pegawai khas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Ramachandran Arumugam menyampaikan sumbangan tilam kepada golongan warga emas dan ibu tunggal manakala Persatuan Belia Bola Sepak Kuala Kangsar menerima jersi bola.

Lebih 60 orang masyarakat setempat menerima bantuan yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ghandi Memorial Kuala Kangsar, semalam.

Yayasan myNADI merupakan sebuah organisasi bebas dan tidak berpihak pada mana-mana parti politik. Ditubuhkan pada 19 Oktober 2009, Yayasan myNadi memberi fokus untuk membantu komuniti kurang bernasib baik di Malaysia berkeanaan soal pendidikan, kebajikan, aktiviti keagamaan dan pembangunan sosioekonomi.

Sementara itu, Wanita MIC turut mengadakan sebuah sesi santai bersama golongan wanita di Kampung Talang untuk memberi pendedahan mengenai peluang kerjaya, perniagaan, kursus jangka pendek dan latihan kemahiran yang boleh didapati di agensi-agensi kerajaan seperti Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia dan Negara (IKBN), Tekun Nasional dan Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC).

MIC Wanita 3

Ketua Wanita MIC Kebangsaan, Mogana Muniandy dan Ketua Wanita MIC Perak, Thanggarani Thiagarajan mengetuai sesi santai tersebut yang menerima sambutan menggalakkan daripada kira-kira 50 orang pengunjung yang hadir yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara-cara memulakan perniagaan, mendapatkan modal, memasuki program-program bantuan kerajaan dan sebagainya.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda