Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerak

PM Umum RM965,000 Untuk Masyarakat India Kuala Kangsar

By 11 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Β Oleh Pradeeb Kumar Velayutham (Putrajaya)Β Β Β Β Β Β Β 

KUALA KANGSAR, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Pemimpin masyarakat India sebulat suara memberi gelaran Bapa Sekolah Kebangsaan Tamil Malaysia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas sumbangannya kepada seluruh komuniti masyarakat India terutamanya melibatkan pembangunan infrastruktur sekolah Tamil di seluruh negara.

Gelaran tersebut diberikan sejurus selepas Najib merasmikan sebidang tanah berkeluasan 1.5 hektar bersebelahan bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gandhi Memorial yang dijadikan padang untuk sekolah itu.

Selain itu, Najib turut mengumumkan bantuan berjumlah RM965,000 untuk masyarakat India Kuala Kangsar termasuk peruntukan RM100,000 bagi membina tembok setinggi 20 kaki di padang SJKT Ghandi Memorial yang menghadap jalan raya.

Turut diumumkan, bantuan sebanyak RM750,000 bagi membaiki bangunan uzur Pertubuhan India Kuala Kangsar. Najib juga memperuntukkan sebanyak RM115,000 kepada Persatuan Saiva Paripalana Sabha, Kuala Kangsar untuk membina semula pagar, menurap jalan dan membaik pulih tempat pembakaran jenazah di kawasan Perkuburan India di Jalan Sultan Iskandar Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir turut mengumumkan akan menyelesaikan masalah perumahan di Bukit Mercu yang melibatkan lebih daripada 20 keluarga.

Sementara itu, Najib turut mengumumkan sumbangan kerajaan pusat untuk membina bangunan pentadbiran di Sekolah Menengah Cina Persendirian Tsung Wah, di sini.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda