Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

Zakat Perniagaan Bantu 30 Asnaf

By 21 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Ahmad Faiz Mansur (Batu Maung) & Norhayani Hashim (Kepala Batas)

PULAU PINANG, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Ramadan kali ini membawa sinar kepada lebih 30 asnaf dari Kampung Teluk Tempoyak di sini apabila menerima sumbangan wang zakat perniagaan daripada pihak Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad semalam.

WhatsApp-Image-20160620 (6)

Menurut Pengerusi Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad, Datuk Ir. Mansor Musa, penerima terdiri daripada golongan kurang berkemampuan dan ibu tunggal.

“Penyampaian bantuan zakat kepada asnaf merupakan sumbangan khidmat korporat yang disampaikan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

“Dengan keuntungan yang diperolehi pihak Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad, sedikit sebanyak dapat dikongsikan dengan pihak serta golongan yang memerlukan,” kata Mansor ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk Kampung Teluk Tempoyak.

WhatsApp-Image-20160620 (5)

Pada majlis yang sama, sumbangan turut diberikan kepada ahli jawatankuasa Masjid Nurul Hidayah Kampung Teluk Tempoyak.

Dalam pada itu, sempena bulan Ramadan, Masjid Jamek Kubang Menerong, Kepala Batas mengadakan jamuan berbuka puasa pada setiap hari.

Menurut seorang penduduk kampung, Che Gayah Che Meh, 54, pada bulan Ramadan ini, masjid berkenaan menerima sumbangan daripada beberapa individu.

WhatsApp-Image-20160618

“Terdapat orang-orang perseorangan yang bermurah hati menyumbang dana di masjid ini pada setiap tahun untuk jamuan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan

“Setiap jemaah yang hadir berpeluang untuk menikmati juadah berbuka puasa secara percuma di masjid ini,” ujar Che Gayah.

– AH

Tinggalkan komen anda