Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Lawatan Hishamuddin Ke Sungai Leman

By 16 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Muhammad Rizal Redzuan

SUNGAI LEMAN, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Akibat daripada kemalangan langgar lari lebih setahun yang lalu, Mohd Zakir Ahmad, 46. mengalami masalah tulang belakang sehingga beliau tidak lagi mampu untuk berjalan dan mendapatkan pekerjaan tetap.

Zakir kini menumpang di rumah mertuanya di Parit 8 dekat sini. Dia juga terpaksa memberhentikan persekolahan ketiga-tiga anaknya termasuk seorang pelajar tahfiz.

Beliau secara kebetulan ditemui oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang melakukan Lawatan Bertemu Masyarakat di kampung ini.

Hishammuddin berjanji akan membantu anak beliau untuk meneruskan pengajian anaknya di sebuah tahfiz.

Sementara itu, menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kapar, Saruni Haji Judi yang juga penganjur program ini, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada acara sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi ke Sungai Besar.

IMG-20160616-WA0024

Sempena lawatan ini, seramai 20 orang warga emas dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bendang Utara dan PDM Bendang Tengah menerima sumbangan bantuan makanan.

Dalam sidang media yang diadakan kemudian, Hishammuddin mengajak masyarakat menolak politik kebencian dengan membina suasana politik berteraskan nilai-nilai mulia.

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda