Skip to main content
Berita TempatanSabah

?Keunikan Tawau Meriahkan Pelancaran Hari Kebangsaan 2016

By 18 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh: Warman Wagiman, Jeffren Malaning & Vicky Sylvester Matanjang (Sabah)

TAWAU, 18 Julai (Malaysiaktif) –? Daerah Tawau yang terkenal dengan kepelbagaian makanan tradisi suku kaum Bugis serta keunikan pasar besarnya dan keramahan masyarakat menjadi tarikan utama kemeriahaan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2016.

Menurut Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Haji Abdul Rahman, Daerah Tawau merupakan lokasi tepat dan sesuai bagi majlis pelancaran tersebut selain kepelbagaian keunikan malah tidak diragui keselamatannya atas ketangkasan dan kewibawaan anggota ESSCOM yang sentiasa memberi jaminan keselamatan kepada rakyat Sabah.

“Pelancaran ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, 6 Ogos ini.

Katanya lagi, pelbagai acara menarik sedang kita atur untuk program selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Ogos, seperti pameran, persembahan busker’s, Konsert INFIESTA PENTARAMA, Larian Jalur Gemilang dan Kembara Jalur Gemilang.

“Kita sasarkan lebih 30,000 pengunjung akan hadir untuk sama-sama memeriah dan menyemarakkan lagi pelancaran bulan kebangsaan dan kibar jalur gemilang tahun ini.

“Program ini dianjurkan bersama Jabatan Penerangan Malaysia dengan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah,” ujarnya ketika ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk sambutan berkenaan di sini, pada Khamis.

Menurutnya, program tiga hari itu bertujuan meningkat dan menzahirkan semangat patriotisme serta jati diri rakyat menerusi amalan mengibarkan Jalur Gemilang di samping mengekalkan budaya toleransi antara kaum.

SF

Tinggalkan komen anda