Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Hubungan Negara Diperkukuh, Pengeluaran Visa Kekal

By 14 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan

 Oleh : Fauziah Hussain (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Malaysiaaktif) – “Mesyuarat Kabinet telah membincang  cadangan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengkaji semula kemudahan pemberian visa kepada pelancong dari Negara Timur Tengah. Namun kabinet membuat keputusan menolak cadangan ini.”

Demikian dinyatakan oleh Menteri di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam satu sidang media di Pusat Pelancongan (MATIC) Jalan Ampang Kuala Lumpur, semalam.

Terdahulu, Setiausaha MKN, Datuk Seri Alias Ahmad mencadangkan visa warga asing untuk rakyat Negara Asia Barat diperkenalkan dalam usaha mengekang ancaman militan Daesh di Malaysia.

“Kita perlu mengetatkan tapisan bagi  mereka yang masuk ke dalam negara kita daripada Negara Timur Tengah”, tambah beliau ketika menjelas kepentingan terhadap penguatkuasaan dan tapisan keselamatan negara.

Menyifatkan ancaman IS datang daripada pelbagai arah dan bukan sahaja daripada Negara Timur Tengah, beliau menjelaskan, “Kalau kita terima cadangan ini, bermakna kita kena kaji pemberian visa kepada semua negara juga.”

Tambahnya, “Mengkaji semula pemberian visa memerlukan perbincangan secara dua hala (bilateral) berkait visa oleh Imigresen”.

“Malaysia punyai hubungan baik dan erat dengan negara-negara sahabat di Timur Tengah.Kajian semula pemberian visa oleh Malaysia akan jejaskan hubungan baik dengan sahabat-sahabat. Kita tidak berhajat untuk jejas hubungan baik”, ujar beliau lagi.

Sidang Media ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab dan Timbalan Ketua Setiausaha KPK, Datuk Rashidi Hasbullah.

DK

 

Tinggalkan komen anda