Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerlisViral

SUKMA Ke-18: Perlis Sasar 10 Emas

By 14 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Anuar Che Amat / Ku Indra Putra Ku Man (Kangar)
KANGAR 14 Julai, (Malaysiaaktif) – Perlis mengharapkan 10 pingat emas dalam Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 di Sarawak nanti.

Ini dinyatakan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen SUKMA Perlis di Dewan Kompleks Sukan Stadium Tuanku Syed Putra di sini semalam.

‘Sukan tinju angkat berat dan tenis di jangka akan menyumbangkan pingat emas kepada Perlis dan saya berharap semua atlit yang bertanding akan memberikan sepenuh tumpuan bagi mengumpul seberapa banyak pingat pada temasya tersebut’, katanya.

‘Kerajaan Negeri Perlis juga akan memberi penghargaan sebanyak RM250,000 kepada semua atlit yang bertanding di temasya tersebut. Wang tunai berjumlah RM1,000.00 untuk pingat emas, RM750.00 untuk pingat perak dan gangsa sebanyak RM500.00 yang akan di bayar terus kepada atlit selepas berjaya menaiki podium di sana nanti,” ujarnya lagi.

Seramai 303 atlit dan pengawai akan membawa cabaran Perlis di dalam 18 acara berbanding 24 acara keseluruhan di SUKMA kali ini. Exco Belia Dan Sukan Perlis,Jamil Saad di lantik sebagai ‘chief de mission’ atau ketua kontinjen untuk kejohanan yang berlangsung dari 22 hingga 31 Julai.

Tinggalkan komen anda