Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

Balik Kampung, Pastikan Rumah Selamat

By 3 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Hanafi Sariman (Butterworth)

BUTTERWORTH, 2 Julai (Malaysiaaktif) – Menjelang penghujung Ramadan, ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Azmi Adam, mengingatkan semua penduduk, terutama yang akan meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung bagi memastikan rumah ditinggalkan dalam kedaan selamat.

Penduduk setempat turut disaran untuk memaklumkan kepada jiran atau balai berhampiran mengenai kekosongan rumah, atas faktor keselamatan.

Beliau berkata demikian, ketika merasmikan Program Masih Ada Yang Sayang Sempena Hari Raya Aidilfitri di sini, semalam.

Pada program yang sama, 20 anak yatim dan fakir miskin sekitar kawasan Bagan Lalang dan Taman Puyu telah menerima sumbangan berbentuk barang keperluan, beras dan duit raya bagi meringankan persiapan Aidilfitri.

WhatsApp-Image-20160702 (11)

Program anjuran Kawasan Rukun Tetangga Taman Puyu dan Komuniti 1Malaysia Bagan Dalam dengan kerjasama Tabika Perpaduan Taman Puyu dan Belia HYO Bagan Lalang yang diakhiri dengan majlis berbuka puasa ini turut dihadiri oleh pelbagai kaum.

– AH

Tinggalkan komen anda