Oleh : Muhammad Rizal Redzuan
KAJANG, 11 Jul (Malaysiaaktif) – Kadar tol permulaan bagi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) adalah 12 sen/km bagi kenderaan Kelas 1 (kereta). Sebagai contoh pengguna yang membuat peralanan dari Plaza Tol Kuala Terengganu ke Plaza Tol Cheneh dan sebaliknya akan dikenakan bayaran tol sebanyak RM19.70.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengumumkan bahawa kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang telah dibuka kepada trafik sepenuhnya mulai 31 Januari 2015 yang lalu akan berkuatkuasa mulai jam 00.01 pagi, 15 Julai 2016. Keputusan Kerajaan melaksanakan kutipan tol di LPT 2 selepas sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri dibuat setelah mengambi kira kepentingan rakyat.
LPT2 sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor di Pahang hingga ke Kampung Gemurah di Terengganu merupakan lebuh raya empat lorong dua hala, dilengkapi dengan kemudahan seperti sepuluh persimpangan bertingkat tiga kawasan rehat dan rawat serta dua belas hentian sebelah.
Lebuh raya ini akan melaksanakan kutipan tol secara sistem tol tertutup iaitu kadar tol akan dikira berdasarkan jarak perialanan (tollable distance) yang telah dilalu oleh pengguna,
Terdapat sepuluh (10) plaza tol di sepanjang jajaran LPT 2seperti berikut :
1) Plaza Tol Cheneh
2) Plaza Tol Chukai
3) Plaza Tol Kijal
4) Plaza Tol Kerteh
5) Plaza Tol Paka
6) Plaza Tol Kuala Dungun
Plaza Tol Bukit Besi
8) Plaza To Ajil
9) Plaza Tol Telemong
10) Plaza Tol Kuala Terengganu
Kadar tol permulaan bagi LPT2 adalah 12 sen/km bagi kenderaan Kelas 1 (kereta). Sebagai contoh pengguna yang membuat peralanan dari Plaza Tol Kuala Terengganu ke Plaza Tol Cheneh dan sebaliknya akan dikenakan bayaran tol sebanyak RM19.70.
Kadar Tol bagi lain-lain destinasi adalah seperti berikut :
Karak -Terengganu RM40.70
Karak ke Jabor RM21
Jabor ke Gemuruh RM22
Plaza Tol Kuala Terengganu – Gombak
RM19.70 LPT2
RM 21.00 LPT
RM 3.50 Tol Bentong
RM 6.30 Tol Gombak
Jumlah sehala : RM 50.70
Jumlah Dua hala : RM 101.40
Kerajaan telah melantik Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn. Bhd, (LPT 2 Sdn. Bhd) sebuah syarikat milik penuh Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS Berhad) untuk melaksanakan operasi penyenggaraan dan kutipan tol di lebuh raya tersebut Kutipan tol di lebuh raya ini perlu dilakukan untuk membiayai kos penyenggaraan dan operasi termasuk penyediaan kemudahankemudahan seperti perkhidmatan peronda, kawasan rehat dan rawat serta lain-lain kemudahan untuk keselesaan dan keselamatan pengguna-pengguna lebuh raya.
Selanjutnya, pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan peralanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui ke semua plaza tol ini bagi memastikan perjalanan yang lancar dan selamat ke destinasi yang dituju.
Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh menghubungi hotline Lembaga Lebuhraya Malaysia di talan 1800 88 7752.