
Oleh : Mohd Zailani Othman dan Izarina bt Kulub Mat Isa (Bentong)
BENTONG, 14 Jul (Malaysiaaktif) – Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Bentong, Datuk Sri Liow Tiong Lai telah melancarkan Bentongtution.com di hadapan 500 orang pelajar dan ibubapa di Dewan Majlis Perbandaran Bentong.
Liow berkata, Bentongtution.com menyediakan pembelajaran melalui laman web dan para pelajar boleh mengakses laman tersebut pada bila-bila masa dan di mana sahaja mengikut keperluan pelajar secara berulangkali.
Bentongtution.com juga diharapkan akan memudahkan proses pembelajaran secara percuma kepada semua pelajar. Laman web tersebut ditaja sepenuhnya oleh pihak swasta.
Tusyen melalui laman web ini diyakini akan meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dan mendapat sambutan serta sokongan baik dari pelajar dan ibubapa.
Majlis yang dihadiri pelabagai lapisan masyarakat dan pelajar turut diserikan dengan kehadiran YDP Majlis Perbandaran Bentong, Mohd Shahid Ismail dan Pengerusi MCA Bentong.
Mrr