Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Naiktaraf Sistem Tren LRT Sri Petaling-Ampang Sasar 130,000 Pengguna

By 15 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan

 Oleh : Sazaki Abdul Rahman dan
Elyas Hisyam (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Malaysiaktif) – Kerja menaiktaraf sistem transit aliran ringan (LRT) Sri Petaling-Ampang menyasarkan peningkatan pengguna seramai 130,000 orang.

“Kerja-kerja menaiktaraf pengangkutan awam LRT Sri Petaling-Ampang akan diadakan pada 16 Julai 2016, Sabtu bermula jam 6.00 pagi hingga 12.00 malam dan beroperasi sepenuhnya dengan sistem dan tren baharu mulai 17 Julai 2016, Ahad dengan kadar tambang yang sama”.

Demikian dinyatakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Azmi Abdul Aziz yang mengumumkan operasi kerja-kerja menaiktaraf pengangkutan awam LRT Sri Petaling-Ampang dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

IMG-20160715-WA0010

Susulan pengumuman ini, “Perkhidmatan LRT akan ditutup selama sehari dan pihak Prasarana akan menyediakan 70 buah bas secara percuma pada 16 Julai 2016 di setiap 16 buah zon yang telah ditetapkan sebagai alternatif kepada pengguna LRT”, katanya.

Proses naik taraf ini bertujuan untuk memberi laluan kepada  kerja migrasi dan pertukaran 35 buah tren baharu menggantikan 30 buah tren lama.

Beliau turut memaklumkan pihaknya telah membuat hebahan dan makluman kepada pengguna.

“Beberapa orang pegawai telah ditugaskan untuk memastikan pengguna mendapat maklumat dan tiada masalah timbul,” ujarnya lagi.

IMG-20160715-WA0009

“Tren AMY baharu ini lebih canggih di mana ianya dikendalikan secara automatik dan tiada pemandu.
Ia juga mesra pengguna di mana ruang tren lebih luas, papan tanda lebih interaktif, mesra orang kelainan upaya (OKU) dan dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti kamera litar tertutup (CCTV). Tren ini berbentuk tiub di mana pengguna boleh berjalan dari hujung ke hujung tidak seperti tren sebelum ini yang dipisahkan di setiap gerabak”, tambah beliau.

Dengan menaiktaraf perkhidmatan ini, pengguna tidak perlu lagi menukar tren bagi laluan Putra Height – Sri Petaling – Sentul Timur melainkan ke Ampang, pengguna perlu menukar tren di Stesyen Chan Sow Lin.

“Secara tidak langsung ini akan menjimatkan masa perjalanan dan memudahkan pengguna LRT”, katanya.

Dengan kos menaiktaraf yang menelan belanja sebanyak 900 juta ringgit, beliau berharap orang ramai akan menggunakan kenderaan awam ini bagi mengurangkan kesesakan jalan raya.

-DK

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda