Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Selangor Juara SUKMA XVIII

By 31 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto: Redzuan Md Salleh

KUCHING, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Kontinjen Selangor diumumkan sebagai Juara Keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) XVIII Sarawak 2016.

Demikian kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam Majlis Penutup SUKMA yang berlangsung di Stadium Sarawak, Petra Jaya tadi.

Tambahnya, kontinjen Selangor yang diwakili oleh 507 atlet, berjaya menjadi Juara Keseluruhan SUKMA buat kali ke-sembilan setelah meraih 59 pingat emas, 73 perak dan 63 gangsa meninggalkan saingan Sarawak dengan 57 emas, 43 perak dan 59 gangsa.

Terengganu yang cemerlang dalam sukan basikal dengan meraih 14 emas pulamenduduki tangga ketiga keseluruhan dengan pungutan pingat keseluruhan dengan 47 emas, 42 perak dan 43 gangsa.

Sementara itu, juara bertahan, Wilayah Persekutuan terpaksa berpuas hati untuk berada di tempat keempat dengan 40 emas, 44 perak dan 40 gangsa.

Selangor berjaya mengetepikan cabaran hebat tuan rumah, Sarawak apabila berjaya menambah enam lagi emas semalam. Empat emas dipungut dalam acara gimnastik artistik, satu dalam acara beregu Tenis dan satu dalam acara Pelayaran.

Majlis Penutupan SUKMA telah berlangsung  di Stadium Sarawak, Petra Jaya tadi dengan kehadiran lebih 8000 atlet dan pegawai bertugas.

Sementara itu, Perak telah dipilih sebagai tuan rumah SUKMA ke-19.

Tinggalkan komen anda